TAJUK : PENYEDIAAN ROTI
TUJUAAN
Kertas Penerangan
adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai penggunaan
bahan, peralatan serta fungsi bagi roti lembut, cara membuat roti lembut dengan
teknik yang betul, kesilapan dan sebab kesilapan di dalam penghasilan roti
lembut, aspek-aspek kebersihan dan keselamatan di dalam bengkel.
PENERANGAN
PENGGUNAAN BAHAN, PERALATAN SERTA FUNGSI BAGI ROTI LEMBUT
1.1.
Penggunaan
bahan untuk membuat roti:
i.
High
protein flour (tepung roti)
§ Membentuk struktur asas
pada roti.
§ Mempengaruhi kualiti
penyimpanan.
§ Mempengaruhi aroma roti.
ii.
Telur
§ Memberi rasa dan warna.
§ Memperbaiki tekstur roti.
§ Digunakan sebagai egg wash untuk menghasilkan warna kulit
roti yang cantik.
iii.
Yis
§ Mengembang dan meringankan
roti
(dengan membebaskan karbon dioksida)
§ Memberi rasa dan aroma.
iv.
Garam
§ Mengawal kadar penapaian
yis.
§ Memperbaiki tekstur roti.
§ Memberi rasa kepada roti.
v.
Air
sejuk
§ Mengawal suhu roti.
§ Menyatukan doh adunan roti.
§ Melarutkan bahan kering
untuk menjadi doh yang sebati.
§ Membekalkan keadaan lembap
untuk menapai yis
vi.
Marjerin
§ Menambah rasa pada roti.
§ Memberi aroma.
vii.
Gula
§ Memberi rasa manis kepada
roti.
§ Memberi warna perang pada kulit
roti.
§ Melembutkan roti.
1.2.
Peralatan
yang digunakan untuk membuat roti:
i.
Penimbang
Penimbang
digunakan untuk menimbang bahan masakan supaya dapat mendapat sukatan yang
tepat. Garis petunjuknya mestilah jelas dan jarumnya tidak bengkok. Penimbang
digital paling tepat sukatannya tetapi harganya agak mahal.
ii.
Mangkuk
adunan
Mangkuk
adunan digunakan sebagai tempat mengisi bahan adunan untuk membuat kek, kuih
atau roti. Magkuk diperbuat daripada keluli kalis karat, kaca atau plastik
tebal. Pelbagai saiz mangkuk bargantung pada kegunaan.
iii.
Dulang
pembakar
Dulang
biasanya diperbuat daripada aluminium atau keluli kalis karat mengikut
kesesuaian. Dulang pembakar hendaklah diperbuat daripada aluminium tebal.
Dulang kalis melekat (non-stick)
lebih elok dan berkualiti tetapi harganya mahal.
iv.
Pengayak
tepung
Pengayak
tepung digunakan untuk mengasingkan kekotoran daripada bahan berserbuk seperti
tepung, gula aising dan lain-lain. Pengayak diperbuat daripada plastik atau
keluli kalis karat.
v.
Pengaut/
scraper
Pengaut
plastik digunakan untuk mengaut makanan yang melekat di tepi mangkuk adunan.
Pengaut keluli kalis karat digunakan untuk memotong doh. Pilih pengaut yang
kukuh, tahan lasak daan tahan panas.
vi.
pembahagi
ban/ bun divider
pembahagi
ban digunakan untuk membahagikan don ban dan membulatkan secara automatic
supaya saiznya sekata. Alat ini diperbuat daripada keluli yang berkualiti dan
tidak berkarat dan memerlukan kuasa elektrik yang tinggi.
vii.
Dough prover
Dough prover digunakan untuk membantu
mempercepatkan pengembangan doh adunan
beryis kenara suhu prover lebih
tinggi. Walau bagaimanapun, jika tidak menggunakan prover, doh masih boleh mengembang.
viii.
Ketuhar
industri
Ketuhar
berfungsi membakar produk dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Ketuhar ini
memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Ketuhar ini mempunyai tiga kedudukan
elemen pemanas, iaitu di bahgian atas, bawah dan tepi.
ASPEK-ASPEK KEBERSIHAN
KESELAMATAN DIRI
i.
pakai pakaian bengkel yang sesuai dengan tugasan yang
hendak dijalankan.
ii.
Pakai kasut yang tertutup dan bertumit rendah serta
talinya diikat dengan kemas.
iii.
Elakkan diri dari berbual-bual secara keterlaluan atau
berlari ke sana ke mari ketika berada di bengkel masakan bagi mengelakkan
kemalangan.
iv.
Semua alatan diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan
atau disimpan
No comments:
Post a Comment